Pengundi tak minat isu nasional: Ilham Centre

Mohd Yusri Ibrahim
Mohd Yusri Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Badan penyelidik, Ilham Centre menyifatkan isu-isu nasional tidak banyak memberi kesan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah apabila pengundi tidak menunjukkan minat dan kurang memberi perhatian.

Ketua penyelidiknya, Dr Mohd Yusri Ibrahim mengambil contoh populariti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang agak tinggi dalam konteks nasional malah pada satu ketika mencecah sehingga 90 peratus dalam segmen-segmen tertentu di Semenanjung.

"Barangkali dengan penerimaan baik tersebut, imej Perdana Menteri diangkat oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai simbol kempen kepada pengundi melalui tanda pagar #AbahKitaBah yang dipaparkan secara meluas dalam pelbagai medium.

"Namun sisi ini nampaknya tidak memberi impak bermakna kepada GRS, pengundi Sabah tidak menunjukkan reaksi ghairah kepada personaliti Perdana Menteri yang dipotretkan itu, mereka lebih tertarik kepada mauduk tempatan," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, begitu juga dengan kedatangan tokoh-tokoh pembangkang dari Semenanjung membantu Warisan Plus, kehadiran pemidato hebat itu juga tidak memberi banyak kesan kepada kempen.

Bahkan katanya, kehadiran pemimpin semenanjung ke kawasan pengundi bumiputera sahaja tidak memberi pulangan berbaloi, bahkan berisiko menghasilkan 'backfire' kepada parti yang dibantu.

Menurutnya, itulah menariknya politik Sabah, inilah yang menguji minda kami penyelidik lapangan ke tahap maksimum, semua elemen perlu diteliti dengan sangat meluas dan mendalam.

"Kepada calon-calon Doktor Falsafah (PhD) ingin menjadikan politik Sabah sebagai subjek kajian, saya cadang bataskan skop, kemudian perdalamkan pemerhatian, itu pun sudah terlalu banyak untuk didiskusikan.

Artikel Berkaitan:

"Jika terlalu tamak untuk mengkaji seluruh Sabah konon-konon untuk menghasilkan PhD super wow, saya bimbang tesis tersebut tidak siap-siap sampai sudah, membawa mati nanti," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!