Assange dengar 'suara' dalam penjara

Julian Assange
Julian Assange
A
A
A

LONDON - Pengasas laman pembocor maklumat, WikiLeaks, Julian Assange mendakwa dia mendengar suara dan muzik ketika ditempatkan di penjara dengan kawalan keselamatan ketat di United Kingdom (UK) sejak 16 bulan lalu.

Perkara itu didedahkan psikiatri pada pendengaran kes ekstradisi membabitkan Assange pada hari ini.

Menurut Michael Kopleman yang menemubual Assange kira-kira 20 kali, bekas penggodam itu berisiko tinggi membunuh diri jika dia diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi perbicaraan kerana membocorkan maklumat sulit tentera.

Kopleman turut menyatakan bukti Assange mengalami kemurungan teruk dan gejala psikotik termasuk halusinasi pendengaran ketika berada dalam sel kurungan seorang diri yang menempatkannya di Penjara Belmarsh di barat daya London.

"Dia mendengar suara 'kamu debu, kamu telah mati. Kami mahu mendapatkan kamu'. Dorongan membunuh diri tercetus daripada faktor klinikal dan ia berisiko tinggi jika proses ekstradisi itu dilakukan," ujarnya lagi.

Sebelum ini, pasangannya, Stella Moris pernah menyuarakan kebimbangan sama.

James Lewis yang mewakili kerajaan AS bagaimanapun meragui dakwaan itu percaya Assange mungkin hanya mereka cerita.

Difahamkan, Assange berdepan 18 tuduhan di bawah Akta Pengintipan AS berkaitan dengan kebocoran 500,000 dokumen sulit yang memperincikan kempen ketenteraan AS di Iraq dan Afghanistan menerusi WikiLeaks.

Artikel Berkaitan:

Jika disabit bersalah, dia bakal berdepan hukuman penjara sehingga 175 tahun. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!