Amaran kepada rakyat AS di Bahrain

Gambar fail menunjukkan seorang lelaki memakai pelitup muka ketika berjalan kaki di Manama pada Februari lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan seorang lelaki memakai pelitup muka ketika berjalan kaki di Manama pada Februari lalu. - Foto AFP
A
A
A

MANAMA - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bahrain semalam memberi amaran kepada rakyat negaranya di negara beraja itu tentang keperluan untuk menjaga keselamatan diri, beberapa hari selepas termeterainya perjanjian damai dengan Israel.

"Kedutaan menggalakkan semua rakyat AS untuk mengkaji semula rancangan keselamatan peribadi mereka, kekal berjaga-jaga di sekeliling mereka termasuk majlis tempatan dan mengekalkan tahap berjaga-jaga yang tinggi," kata kenyataan kedutaan tersebut.

Pada minggu lalu, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani perjanjian untuk menormalkan hubungan dengan Israel di Rumah Putih sekali gus memecahkan konsensus yang dicapai oleh negara-negara Arab sejak berdekad-dekad lalu.

Konsensus yang dicapai itu ialah hubungan dengan negara Israel tidak akan dijalin melainkan ia membuat perdamaian dengan Palestin.

Protes bagi membantah hubungan itu turut diadakan di Bahrain pada Jumaat lalu tetapi melibatkan jumlah orang yang kecil.

Kedutaan AS juga menggalakkan rakyatnya kekal tidak menonjolkan diri dan mengelakkan diri menghadiri kawasan orang ramai dan tunjuk perasaan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!