Semakin ramai ahli, pemimpin parti sokong GRS: Hajiji

Hajiji (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan borang kemasukan ahli Warisan ke Bersatu dalam program Sayangi Sabah Bersama Bersatu di Kampung Pengalat Besar, Papar.
Hajiji (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan borang kemasukan ahli Warisan ke Bersatu dalam program Sayangi Sabah Bersama Bersatu di Kampung Pengalat Besar, Papar.
A
A
A

PAPAR - Kemasukan ahli dan pemimpin parti lain menyertai Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) atau Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin meningkat menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, perkembangan itu dilihat positif dan diharap dapat diterjemahkan pada hari pengundian PRN Sabah Sabtu ini.

"Kita lihat dari sehari ke sehari, banyak sokongan dari ahli parti lain khususnya dari Parti Warisan Sabah (Warisan). Ramai pemimpin dan penyokong mereka keluar parti dan menyokong PM, BN dan PBS.

"Ini perkembangan yang baik, mudah-mudahan inilah yang kita dapat semasa pembuangan undi dan seterusnya memperoleh kemenangan pada 26 September nanti," katanya kepada media selepas menghadiri program Sayangi Sabah Bersama Bersatu di Kampung Pengalat Besar di sini semalam.

Terdahulu, pada majlis itu seramai 1,200 ahli Warisan membabitkan enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Warisan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang menyerahkan borang keahlian untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Turut hadir ialah calon Bersatu bagi DUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.

Hajiji (empat dari kanan) menyaksikan penyerahan borang kemasukan ahli Warisan ke Bersatu dalam program Sayangi Sabah Bersama Bersatu di Kampung Pengalat Besar, Papar.
Hajiji (empat dari kanan) menyaksikan penyerahan borang kemasukan ahli Warisan ke Bersatu dalam program Sayangi Sabah Bersama Bersatu di Kampung Pengalat Besar, Papar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!