Suami didakwa pukul isteri guna tali pinggang hingga parah

Vadivelan (tengah) di Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas tuduhan memukul isterinya dengan tali pinggang sehingga parah.
Vadivelan (tengah) di Mahkamah Majistret di Melaka hari ini atas tuduhan memukul isterinya dengan tali pinggang sehingga parah.
A
A
A

MELAKA - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memukul isterinya sehingga cedera parah.

Tertuduh, M Vadivelan, 35, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja memukul E Sathiavani, 35, menggunakan tali pinggang sehingga mengalami kecederaan parah.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 4 petang di sebuah rumah di Taman Sri Krubong di sini pada 22 Januari 2019.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda, sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raudhah Mazman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal bersama dan tertuduh membuat tindakan itu selepas berang wanita berkenaan ingin mengambil dua anak mereka, masing-masing berusia dua dan enam tahun yang dijaganya.

Mahkamah tidak memberi sebarang jaminan memandangkan tertuduh juga sedang menjalani hukuman di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan menetapkan 26 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!