Anwar cuba pecahkan solidariti GRS

Tangkap layar Twitter Annuar hari ini.
Tangkap layar Twitter Annuar hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baharu merupakan cubaan untuk memecah solidariti Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa malah berkata, ia juga sebagai percubaan untuk melunturkan penguasaan kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Dengan (usaha) itu, dia (Anwar) harap dapat kelebihan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) Plus. Ini sikapnya dari dulu tanpa peduli kesan buruk pada kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya menerusi ciapan di Twitter beliau hari ini.

Sementara itu, dalam ciapan berasingan di Twitter beliau, Annuar menyifatkan pengumuman hari ini ada hubung kait dengan kegagalan Ahli Parlimen Port Dickson dan Lembaga Pengampunan membatalkan saman dikemukakan seorang peguam yang mencabar kesahan pengampunan penuh diberikan kepada Presiden PKR itu pada dua tahun lalu.

"Setelah gagal menghalang usaha mencabar kesahihan pengampunan diraja di mahkamah, beliau ternyata terdesak cuba merampas kuasa sebagai jalan terakhir untuk mengelak sesuatu yang paling tidak diingininya," kata Annuar.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!