Annuar sindir Anwar 'cetek' perundangan

Tangkap layar Twitter Tan Sri Annuar Musa.
Tangkap layar Twitter Tan Sri Annuar Musa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengumuman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendakwa cukup sokongan menubuhkan kerajaan baharu sehingga membelakangkan Perlembagaan terus mendapat kritikan.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa turut menyindir Anwar di laman Twitternya dengan menyifatkan Presiden PKR itu sudah lama berpolitik namun ‘cetek’ dalam perundangan.

Menurutnya, Anwar sepatutnya merujuk kepada Perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman kononnya kerajaan telah tumbang.

"Rujuk Perlembagaan negara. Dia belum pun diterima menghadap dan belum membuktikan apa-apa, tetapi riuh sekampung," ciap Ahli Parlimen Ketereh itu di Twitternya malam tadi.

Dalam masa sama, Annuar turut menggesa agar pilihan untuk memilih kerajaan diserahkan kepada rakyat melalui snap election apabila diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri tidak kira berapa ramai ahli Parlimen dan daripada parti mana sekalipun yang menyokongnya.”

“Mari kita selesaikan Pilihan Raya Negeri Sabah dahulu, kemudian kita wajar membiarkan rakyat membuat pilihan mereka once and for all. Yang di-Pertuan Agong harus mengumumkan diadakan pilihan raya umum mengejut," katanya.

Dalam pada itu, Annuar turut mengucapkan selamat mengundi dengan mengikut ‘suara hati’ masing-masing pada pilihan raya umum akan datang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

Semua parti dalam Kerajaan PN sangkal kenyataan Anwar

Anwar perlu buktikan majoriti dimilikinya di Parlimen

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!