Sultan Johor ziarah Makam Diraja

Sultan Ibrahim berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah hari ini.- Foto Ihsan RPO
Sultan Ibrahim berkenan menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah hari ini.- Foto Ihsan RPO
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan berangkat menziarahi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini sempena Hari Hol, hari ini.

Dalam hantaran terbaru di laman sosial Facebook baginda, keberangkatan tiba Sultan Ibrahim diiringi Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut menyiram air mawar dan menabur bunga pada makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Sultan Ismail dan bonda, Almarhumah Enche' Besar Hajah Khalsom Abdullah.

Baginda turut berkenan menziarahi pusara anakanda, Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil.

Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad mengiringi bacaan doa pada setiap pusara yang diziarahi Baginda Tuanku Sultan.

Turut bersama menziarahi makam Diraja, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!