Suarez dari Barcelona ke Atletico Madrid
KELAB Sepanyol, Atletico Madrid mengesahkan telah merekrut penyerang Barcelona, Luis Suarez, sekali gus mengakhiri spekulasi penyerang antarabangsa Uruguay itu bakal berhijrah ke Juventus.
“Atletico Madrid dan Barcelona telah mencapai kesepakatan untuk perpindahan Luis Suarez dengan pembayaran 6 juta euro (RM28.85 juta),” kata jurucakap Atletico dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, pengendali Barcelona, Ronaldo Koeman sebelum ini secara terbuka memberitahu, Suarez tidak berada dalam perancangannya bagi menghadapi saingan musim ini.
Sitausi terdesak menyebabkan Suarez mula terdesak mencari kelab baharu yang mana Juventus menjadi antara pilihan utama bekas penyerang berbisa Liverpool itu.
Sejak meninggalkan Anfield untuk menyertai Barcelona pada 2014, Suarez yang masih mempunyai kontrak sehingga tahun depan memenangi pelbagai kejuaraan termasuk trofi Liga Juara-Juara 2015 selain empat gelaran La Liga.
Suarez meninggalkan Camp Nou sebagai penjaring ketiga terbanyak sepanjang masa Barcelona dengan 198 gol untuk berada di belakang Cesar Rodriguez (232 gol) dan Lionel Messi (634 gol).
Dia akan menggantikan tempat penjaring terbanyak Atletico, Alvaro Morata setelah penyerang antarabangsa Sepanyol itu dipinjamkan ke Juventus selama semusim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!