PM lancar pelan Antirasuah Nasional 2019-2023

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA- Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 menyenaraikan 22 strategi yang akan diberi keutamaan merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Pelan yang menggariskan 115 inisiatif anti rasuah bagi enam sektor berisiko termasuk politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pentadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus korporat.

Ketua Pengarah Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, NACP dihasilkan mengambil kira data-data dan bukti emperikal dari kes-kes rasuah sebelum ini yang dianalisis secara teliti dengan kaedah penilaian risiko rasuah sebelum mengenalpasti bidang keutamaan yang memerlukan perhatian serius.

"Sokongan dan komitmen yang ditunjukkan dalam konteks memerangi rasuah memberi indikasi penting bagaimana Malaysia sebagai sebuah negara yang memandang serius gejala rasuah,"katanya.

NACP 2019-2023 dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dr Mahathir berkata, rasuah dalam enam bidang utama ini sekiranya tidak diatasi akan menjadikan rasuah dalam negara lebih parah berbanding sebelum ini,"katanya.

NACP dibangunkan dengan tema 'Memecah Rantaian Rasuah' merupakan pelan yang akan dilaksanakan kerajaan dalam tempoh lima tahun.

Pelaksanaan pelan yang dibangunkan oleh Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menten (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain.

Artikel Berkaitan:

Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah integniti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

la antara lain dbangunkan bagi menggantikan Pelan Integriti Nasional (PIN) sepertimana yang telah diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah JKKMAR) pada 8 Jun 2018 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

AKAN MENYUSUL

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!