Tanah runtuh: Laluan Batu 11 dibuka sehala

Keadaan runtuhan tanah yang berlaku di Batu 11, Jalan Pahang menyebabkan laluan dibuka sehala.
Keadaan runtuhan tanah yang berlaku di Batu 11, Jalan Pahang menyebabkan laluan dibuka sehala.
A
A
A

TAPAH - Laluan Jalan Tapah-Ringlet dekat Batu 11 Jalan Pahang di sini dibuka sehala, bermula semalam berikutan kejadian tanah runtuh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, runtuhan itu dikesan berlaku pada jam 11 pagi, Khamis lalu akibat hujan lebat di kawasan tersebut.

Papan tanda keselamatan dipasang untuk peringatan pengguna.
Papan tanda keselamatan dipasang untuk peringatan pengguna.

"Jabatan Kerja Raya (JKR) mula menutup jalan dan membuka laluan sehala pada jam 3 petang semalam, laluan ini boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan telah dilakukan Syarikat Belati Wangsa.

"Anggota polis menjalankan pemantauan berterusan di lokasi bagi memastikan keselamatan pengguna," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!