Kilang barangan kitar semula terbakar

Sebuah kilang barangan kitar semula di Taman Perindustrian Tiram yang terbakar.
Sebuah kilang barangan kitar semula di Taman Perindustrian Tiram yang terbakar.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang barangan kitar semula di Taman Perindustrian Tiram di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Timbalan Penguasa Bomba II, Tahrin Saat berkat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi sebelum 26 anggota dari BBP Tebrau dan Larkin bersama tujuh jentera ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian, api sedang marak. Kebakaran melibatkan 30 peratus keseluruhan kilang manakala stor simpanan yang berada di luar bangunan kilang terbakar 70 peratus.

"Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan sehingga kini dan sedang menunggu ketibaan bantuan jentera berat yang lain," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tahrin berkata, Pasukan Keluaran Operasi ( PKO) bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan tiga aliran dan tujuh pancutan sumber air daripada pili bomba berhampiran kilang berkenaan.

Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!