MBSA tutup dua kedai dikendali warga asing

Antara premis yang diarah tutup dalam operasi dilaksanakan sekitar Seksyen 30, Shah Alam.
Antara premis yang diarah tutup dalam operasi dilaksanakan sekitar Seksyen 30, Shah Alam.
A
A
A

SHAH ALAM - Dua premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di Seksyen 30 di sini diarah tutup kerana melanggar syarat serta peraturan ditetapkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Operasi Bersepadu Pemeriksaan Premis Perniagaan Rabu lalu.

Menerusi kemas kini di laman Facebook hari ini, MBSA berkata, sebanyak tujuh premis telah diperiksa di sekitar Seksyen 30 dalam operasi berkenaan.

"Premis pertama diarahkan tutup berikutan disyaki dikendalikan oleh warga asing, pemiliknya tidak berada di lokasi semasa pemeriksaan dilakukan.

"Premis kedua pula diarah tutup oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA kerana didapati kotor dan pekerjanya juga tidak mempunyai suntikan suntikan TY2 (anti-typhoid). Selain itu, pemilik premis berkenaan juga menggajikan lima pekerja warga asing," katanya.

Mengulas lanjut, MBSA berkata, sebanyak 21 kompaun dan empat notis telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MBSA) 2007, Undang-Undang Kecil Establisyemen Makanan (MBSA) 2007 Peruntukan 3 (1) dan Akta 171 Seksyen 109.

"Seramai tujuh warga Indonesia yang disyaki tidak mempunyai permit kerja sah turut ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi itu.

"Operasi ini disertai oleh anggota Penguatkuasa Pejabat Cawangan Kota Kemuning, Jabatan Pelesenan, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Bahagian Integriti MBSA dan anggota PDRM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!