Izzaddin dilantik sebagai Pengerusi Celcom Axiata

No Image Caption
A
A
A

PENGARAH Eksekutif dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap bakal Ketua Pegawai Eksekutif Axiata, Datuk Izzaddin Idris dilantik sebagai Pengerusi Celcom Axiata Bhd berkuat kuasa 16 Oktober ini.

Axiata Group Berhad (Axiata) dalam satu kenyataan memaklumkan, Izzaddin bakal mengambil alih tugas Tan Sri Jamaludin Ibrahim yang akan bersara pada 15 Oktober ini namun beliau akan meneruskan tugas sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata sehingga penghujung Disember 2020.

Menurut kenyataan itu, langkah itu merupakan satu daripada rancangan bagi memastikan pelan peralihan kepimpinan berjalan lancar.

Kata kenyataan itu lagi, Lembaga Pengarah Celcom Axiata dan Axiata menerima berita itu dengan berat hati tetapi berterima kasih kepada Jamaluddin di atas dedikasi beliau selama 12 tahun.

Sementara itu, Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid berkata, pelan peralihan kepimpinan berjalan lancar dan beliau yakin dengan pertumbuhan kekuatan di bawah bimbingan Izzaddin terutama dalam membentuk Celcom Axiata untuk terus berdaya tahan dan berjuang dalam era digital.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!