Gaji tidak cukup atau kita tidak merancang?

Kegagalan merancang kewangan boleh menyebabkan kita berdepan masalah kewangan sedangkan ia mudah dielakkan jika kita membuat bajet setiap bulan.
Kegagalan merancang kewangan boleh menyebabkan kita berdepan masalah kewangan sedangkan ia mudah dielakkan jika kita membuat bajet setiap bulan.
A
A
A

Hujung bulan saja, gaji pun habis. Apabila dicongak semula, kita pun tidak pasti ke mana perginya gaji yang diterima.

Setiap bulan perkara yang sama berulang dan kita berjanji lagi kepada diri sendiri untuk berjimat cermat dan mula melabur.

Malangnya hasrat itu tetap tidak kesampaian dan setiap kali ada kecemasan, kita masih perlu menebalkan muka meminjam dari ibu bapa dan ahli keluarga.

Adakah perkara ini boleh dielakkan atau sememangnya gaji bulanan kita kecil berbanding keperluan sara hidup hari ini.

Namun apabila kita memandang sekeliling, ada sahaja rakan-rakan yang mampu menjalani hidup dengan selesa sedangkan gaji kita dan mereka sama sahaja.

Senario ini bukanlah satu perkara baharu lebih-lebih lagi dalam persekitaran kehidupan hari ini yang semuanya memerlukan duit dan begitu banyak godaan untuk berbelanja.

Namun, situasi ini sebenarnya boleh dielak jika kita mengurus kewangan dengan bijak dan berbelanja secara berhemah.

Membuat bajet adalah perkara pertama yang perlu kita lakukan untuk mengurus kewangan dengan lebih berkesan.

Artikel Berkaitan:

Bajet akan membantu kita menilai semula aliran tunai dan mengenalpasti kebocoran yang berlaku. Seringkali kebocoan berlaku apabila kita lebih menumpu kepada memenuhi kehendak dalam berbelanja.

Penasihat kewangan berkata, elemen penting bajet ialah mengasingkan wang untuk pelaburan, hutang dan perbelanjaan.

Untuk memastikan pelaburan boleh dilakukan setiap bulan, gunakan kemudahan pelaburan automatik seperti Auto Labur @myASNB yang membolehkan anda melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) serendah RM30 setiap bulan.

No Image Caption

Kaedah labur dahulu baru belanja merupakan langkah pertama ke arah mencapai kemerdekaan kewangan.

Selepas itu, pastikan anda membayar semua hutang yang ada supaya anda untuk megelak sebarang caj tambahan sebelum mula berbelanja untuk barang keperluan asas.

Selepas membuat bajet, pastikan ada berdisiplin untuk mengikutinya sehinggalah anda mendapat kenaikan gaji atau jika berlaku perkara luar dugaan seperti kehilangan pendapatan. Jangan sesekali mengubah bajet berdasarkan keinginan untuk berbelanja.

Adalah lebih baik sebarang pembelian yang lebih berunsur kehendak ditangguhkan sehingga anda benar-benar mempunyai lebihan wang atau ketika anda menerima bonus hujung tahun.

Langkah untuk berubah mungkin tidak mudah, namun ia adalah langkah pertama untuk anda tidur lebih lena setiap malam.

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan www.asnb.com.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!