Kecoh nak jadi PM

No Image Caption
A
A
A

AWANG sebetulnya tak terperanjat sangat dengan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dakwa dia dapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk tubuh kerajaan baharu.

Dalam satu sidang akhbar tergempar di Kuala Lumpur pada hari Khamis lepas, beliau kata nak jumpa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tujuan itu.

Bila wartawan tanya berapa ramai yang sokong, dia kata “hampir dua pertiga”. Itu maknanya akan tumbanglah kerajaan Tan Sri Perdana Menteri.

Kerajaan sekarang dikatakan kerajaan pintu belakang. Kalau betul berlaku apa pula nama yang akan diberikan pada kerajaan pimpinan Tuk Seri Anwar?Siapa pun tak lupa apa yang beliau buat pada 16 September 2008. Pada masa itu sebagai Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau umumkan ada sokongan yang banyak untuk memimpin kerajaan baharu.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) jadi PM masa itu. Kecoh juga negara dibuatnya.

Kali ini, banyak juga orang tak percaya. Banyak orang senyum-senyum kambing saja. Macam-macamlah jenaka dalam media sosial perlekehkan Tuk Seri Anwar kali ini.

Pada pendapat Awang, ini bukan masanya nak bertindak begitu. Rakyat tengah susah. Lagipun tak bolehkah sahkan betul-betul siapa yang sokong beliau? Awang kata begitu kerana ada orang yang termasuk dalam senarai menyokong menafikan mereka menyokong.

Jangan susahkan rakyat

Artikel Berkaitan:

Kalau betul Tuk Seri Anwar Ibrahim ada sokongan seperti yang didakwa, Awang ucapkan tahniah. Moga-moga sampai hajatnya nak jadi PM. Tapi bukan begini caranya. Rakyat dah jemu jelak dengan mainan ahli politik lompat sana lompat sini.

Negara jadi porak-peranda oleh sebab banyak sangat berlaku lompat katak dalam politik.

Awang setuju cadangan banyak pihak kita serahkan semula proses menentukan kerajaan pada rakyat.

Buat pilihan raya umum segera. Minta mandat daripada rakyat. Biar rakyat yang tentukan. Tapi kena ingat, kos buat pilihan raya bukan murah. Dalam keadaan gawat ekonomi disebabkan wabak Covid-19, kita tak mampu sebetulnya nak berhabis duit dengan buat pilihan raya umum.

Tengoklah apa yang berlaku di Sabah. Angkara seorang dua yang gila kuasa, seluruh rakyat Sabah terpaksa hadapi pilihan raya. Kalau betul Tuk Seri Anwar anak jantan dan nak buktikan dia ada sokongan rakyat, sila buat pilihan raya umum.

Dalam hal sokongan itu, Awang rasa pelik dengan parti DAP dan Amanah. Apakah mereka benar-benar berbincang pada peringkat dalaman sebelum menyokong Tuk Seri Anwar?

Apakah mereka dapat mandat daripada ahli dan penyokong di luar sana?Nampaknya politik kita dah jadi parah. Oleh sebab orang politik yang bercita-cita tinggi, negara terbeban.

Tak terfikirkah mereka ramai rakyat yang menderita nak cari sesuap nasi, nak pertahankan pekerjaan dan nak bayar hutang?

Kata orang Utara, mereka ini pi mai pi mai tang tu juga!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!