Agong tidak akan terima menghadap dalam tempoh seminggu

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak menerima menghadap mana-mana pihak bagi tempoh seminggu kerana sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin kepada Reuters hari ini.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia dinasihatkan oleh doktornya untuk tinggal di hospital selama tujuh hari bagi tujuan pemantauan.

“Untuk itu, Seri Paduka Baginda tidak akan menerima menghadap mana-mana pihak,” katanya.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa lalu namun Seri Paduka sedang menjalani rawatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!