PRN Sabah: Proses nyahkuman setiap dua jam
BEAUFORT - Proses pengundian di beberapa buah pusat mengundi perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi memastikan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Pengundi perlu melalui pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, menggunakan cecair pembasmi kuman dan mengamalkan penjarakan fizikal.
Selain itu proses nyahkuman yang dilakukan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di semua saluran mengundi turut dijalankan setiap dua jam.
Beberapa buah khemah khas turut disediakan bagi mereka yang dikesan bergejala manakala kawalan keselamatan polis dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut dilihat berkawal memastikan keselamatan berjalan lancar.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!