41 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari: SPR

Golongan warga emas dan orang kurang upaya menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, hari ini. - Foto Bernama
Golongan warga emas dan orang kurang upaya menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga 12 tengah hari ialah sebanyak 41 peratus sejak pusat pengundian dibuka pada jam 7.30 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jumlah itu meningkat berbanding 32 peratus pada 11 pagi seperti diumumkan Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh sebentar tadi.

SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.

Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16.

Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. - Bernama

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, hari ini. -Foto Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melakukan kerja pembasmian kuman di kotak undi pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam, hari ini. -Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!