58 peratus keluar mengundi setakat 3 petang: SPR
KOTA KINABALU - Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat jam 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada jam 2 petang.
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini.
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16 ini.
Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!