Wanita maut kereta terbabas
SHAH ALAM - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah apabila kereta dinaiki kedua-duanya terbabas berhampiran bulatan Jalan Hopea U15/14 di sini, lewat malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Apandi Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 11.57 malam.
Menurutnya, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik tiba di lokasi 10 minit selepas itu.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Vios terbabit terbabas sendiri.
"Sebaik tiba, didapati dua mangsa tersepit dalam kenderaan. Seorang penumpang wanita berusia lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia manakala pemandu kereta berusia lingkungan 50-an alami cedera parah.
"Mangsa cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut manakala yang maut diserahkan kepada pihak polis," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!