Sekarang bukan masa terbaik untuk PRU: Zuraida

Zuraida (tengah) bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Persekutuan pada majlis penyerahan watikah pelantikan Pengerusi JPKKP di kementeriannya hari ini. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zainal Abidin Abu Hassan (depan, kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Noor Ihsan Che Mat (depan, kiri). - foto BERNAMA

A
A
A

GEORGETOWN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan ketika ini bukan masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU).

Zuraida berkata, kini negara sedang berdepan dengan krisis kesihatan yang mengancam nyawa, koronavirus (Covid-19) selain daripada kerajaan sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi negara.

"Ya saya setuju dengan Tun (Tun Mahathir) punya pandangan sebab apa, kita baru dua setengah tahun, dengan kita tengah nak mengatasi Covid-19, tengah hendak pulihkan ekonomi kita, jadi biarlah kerajaan meneruskan tugasnya.

Di penghujung penggal, mereka yang berminat nak jadi Perdana Menteri tu bertandinglah, sekarang buat kerja jangan cakap-cakap aja," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat dan penyampaian watikah pelantikan kepada 124 penggerak komuniti tempatan ( PekT) dari negeri Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan di Teluk Kumbar hari ini.

Zuraida berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Dr Mahathir yang tidak menyokong sekiranya PRU diadakan dalam masa terdekat kerana pandemik Covid-19 yang boleh mendedahkan rakyat kepada penularan wabak itu selain melibatkan kos yang tinggi..

Sementara itu berhubung dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan dan majoriti kukuh bagi membentuk kerajaan baharu, Zuraida berkata setakat ini, 12 ahli Parlimen yang dikatakan menyokong Anwar menafikannya.

"Saya pun tidak tahu bagaimana perkara ini boleh terjadi dan apakah langkah (Anwar) seterusnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!