BN, GRS berjaya tubuh kerajaan baharu

Bung pada sidang akhbar di Bangunan UMNO, di Kota Kinabalu malam ini.
Bung pada sidang akhbar di Bangunan UMNO, di Kota Kinabalu malam ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Barisan Nasional (BN) Sabah akan mengadakan perbincangan bersama rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menentukan hala tuju dan juga masalah rakyat melalui pembentukan kerajaan baharu nanti.

Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia adalah bagi memastikan rakyat di negeri ini dapat dibela dan dijaga kebajikan dengan sebaiknya.

"Alhamdulilllah, setakat jam 9.23 malam, saya ingin memaklumkan bahawa BN dan GRS telah mendapat majoriti mudah dan boleh membentuk sebuah kerajaan baharu di Sabah.

"Sebagai Pengerusi BN Sabah, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Sabah yang ingin berubah daripada jajahan Warisan," katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO, di sini malam ini.

ARTIKEL BERKAITAN [TIDAK RASMI] PN, BN menang PRN Sabah, kini telah menang 37 kerusi

Hadir sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bung berkata, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera UMNO dan rakan komponen yang lain dalam membantu kempen pilihan raya BN di seluruh Sabah.

"Saya cukup yakin dan percaya kerajaan baharu ini akan dapat kita wujudkan dengan semangat setiakawan dan akan membincangkan secara terperinci hala tuju dan ke mana arah kerajaan dalam memfokus masalah rakyat di masa akan datang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Bung berkata, satu perbincangan akan dibuat bersama rakan GRS bagi membincangkan isu mengenai lantikan Ketua Menteri dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!