China kutuk manipulasi politik AS

AS kenakan 13 pertuduhan terhadap Huawei Technologies, semalam.
AS kenakan 13 pertuduhan terhadap Huawei Technologies, semalam.
A
A
A
BEIJING - CHINA. Kerajaan China pada Selasa mengutuk 'manipulasi politik' di sebalik kes yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) ke atas Huawei selepas Washington mengenakan tuduhan terhadap ketua pegawai kewangan (CFO) firma teknologi gergasi itu.

"Untuk beberapa ketika, AS telah menggunakan kuasa kerajaan untuk menjatuhkan syarikat China tertentu dalam cubaan untuk menyekat operasi sah dan undang-undang perusahaan.

"Terdapat motivasi politik yang kuat dan manipulasi politik di sebalik tindakan itu," kata jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat mengenakan 13 tuduhan ke atas Huawei Technologies, anak pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Kewangannya, Meng Wanzhou yang kini bebas dengan ikat jamin di Kanada dan dua sekutu dikaitkan dengan pelanggaran sekatan AS ke atas Iran.

Selain itu, 10 dakwaan persekutuan telah difailkan ke atas dua sekutu Huawei kerana mencuri teknologi robot dari T-Mobile.

Susulan itu, Beijing telah menyuarakan kebimbangan terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atas Huawei dan menggesa Jabatan Kehakiman AS supaya segera menarik balik waran tangkap terhadap Wanzhou.

"Kami menggesa AS menghentikan penindasan tidak munasabah terhadap syarikat China termasuk Huawei dan memperlakukan perusahaan Beijing secara adil dan objektif," tegas Shuang yang turut menuntut pembebasan Wanzhou. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!