Pengerusi PKR Sabah menang di DUN Api-Api

Christina Liew
Christina Liew
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengerusi PKR Sabah, Datuk Christina Liew sekali lagi diberi mandat menjadi wakil rakyat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api apabila memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Christina mewakili Parti Keadilan Rakyat mendapat 7,796 undi, menewaskan lapan pencabar lain dengan majoriti 5,347 berbanding pencabar terdekat, Datuk Dr Yee Moh Chai daripada Parti Bersatu Sabah yang meraih 2,449 undi.

Menurut laporan, selain Api-Api, PKR juga meletakkan calon di enam lagi kerusi DUN pada PRN Sabah kali ini iaitu Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam, Klias dan Sook.

-Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!