'Bukan balas dendam, NACP amaran tegas kerajaan kepada perasuah'

Mahathir (tengah) melihat Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada majlis pelancaran pelan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
Mahathir (tengah) melihat Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada majlis pelancaran pelan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 merupakan satu pernyataan tegas dari Kerajaan sekarang, kepada semua individu terlibat rasuah.

Dr Mahathir berkata, sebahagian pesalah rasuah lalu telah dan sedang dikejar dan akan dihukum, mengikut peruntukan undang-undang manakala perasuah sekarang dan masa depan akan berdepan tindakan yang lebih tegas.

Beliau berkata, pelan itu merupakan satu bukti bahawa tindakan yang diambil terhadap perasuah-perasuah lalu bukanlah satu tindakan berlandaskan dendam atau benci.

"Ianya satu tindakan yang diambil kerana kerosakan yang mereka lalukan kepada Negara amat besar dan tidak boleh dibiarkan supaya sesiapa yang merancang untuk melakukan rasuah seperti mereka tidak akan dibiarkan terlepas dan hukumannya adalah lebih berat dan tegas," tegasnya.

Sehubungan itu, katanya NACP hadir sebagai peringatan dan amaran kepada semua pemimpin sekarang dan masa depan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak menerima amalan rasuah dan dianggap amalan keji dan menjijikkan.

Tambah beliau, pada 2004 Malaysia Kita pernah memperkenalkan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang berfokus kepada budaya integriti dalam kalangan masyarakat.

"Malangnya Pelan tersebut tidak berupaya menyekat budaya rasuah malahan ianya semakin menjadi-jadi selepas diperkenalkan sehinggalah beberapa tahun yang lalu apabila Negara digelar sebagai sebuah kleptokrasi, satu label

yang amat memalukan," katanya.

Dr Mahathir berkata kleptokrasi bermakna sebuah kerajaan yang dipimpin oleh perasuah dan pencuri harta negara yang mengeksploitasi harta negara dan rakyat untuk kepentingan peribadi.
Artikel Berkaitan:


"Label ini bukan dicipta oleh saya atau Kerajaan yang saya pimpin tetapi disebar oleh media-media luar negara setelah badan-badan berkuasa dari Negara luar mendapati pemimpin yang lalu telah terbabit di dalam pengubahan wang

haram, rasuah dan penipuan secara berleluasa di satu tahap yang belum pernah terjadi," katanya.

Sehubungan itu katanya, atas kesedaran tersebut, beliau berpendapat rakyat tidak boleh sekadar diingatkan mengenai kesalahan yang berlaku bahkan diberi kesedaran betapa buruknya kesan kepada Negara.

"Kita perlu melihat ke hadapan dan mencari jalan memastikan supaya Kerajaan yang baharu dan yang akan datang tidak akan mengulangi perbuatan rasuah tersebut,"ujarnya ketika berucap merasmikan NACP di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Tambah Dr Mahathir, adalah tidak memadai sekadar niat tidak mahu melakukan rasuah dan janji mulut.

"Kita memerlukan pelbagai strategi, undang-undang serta sekatan-sekatan supaya ia dapat membendung rasuah dan menyukarkan mereka yang ingin

melakukannya.

Namun jika mereka berjaya melakukannya, kita mesti berupaya mengesan perbuatan itu dengan cepat dan selepas itu

memastikan mereka mendapat hukuman yang tegas dan setimpal," tegasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!