Tun M perbetul kesilapan kekeliruan batal ECRL
PUTRAJAYA- [DIKEMASKINI]Selepas beberapa kenyataan mengelirukan oleh menteri-menteri PH berhubung pembatalan kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC), Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berjanji untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
Menjawab soalan wartawan berhubung pihak yang menjadi punca kekeliruan itu, Dr Mahathir berkata, adakalanya ia berlaku apabila beberapa menteri membuat pengumuman itu sebelum tiba masanya.
"Saya mengakui kesilapan telah dibuat tetapi kita akan membetulkan kesilapan itu.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan memberi kenyataan bagi menjelaskan mengenai apa yang berlaku," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelan AntiRasuah Nasional 2019-2023 di PICC hari ini.
Pada masa yang sama Dr Mahathir berkata berkata kontrak Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dengan syarikat China Communications Construction Company (CCCC) terpaksa ditamatkan kerana kerajaan menanggung beban hutang yang tinggi.
Dr Mahathir berkata, Kerajaan bukan tidak mahu menghormati kontrak sedia ada, tetapi sedar tidak mampu membayar kontrak yang menelan belanja lebih daripada RM100 bilion.
"Ini akan memudaratkan negara dan kita akan jelaskan kepada pihak-pihak berkenaan bahawa kita bukan mahu mengecewakan atau membuang kontrak tetapi kerana kita benar-benar terikat dari segi kewangan,"katanya.
ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan batal projek ECRL
- PM tak tahu kontrak ECRL dengan CCCC batal
- Pembatalan ECRL tidak jejas hubungan dengan China
- Pembatalan ECRL: Tunggu apa kata Guan Eng
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!