Pemandu lori nyaris dihempap balak

Keadaan lori balak dipandu mangsa terbalik di lokasi di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris (Kampung Kepah) Kuala Berang di sini petang semalam.(Foto: Ihsan IPD Hulu Terengganu)
Keadaan lori balak dipandu mangsa terbalik di lokasi di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris (Kampung Kepah) Kuala Berang di sini petang semalam.(Foto: Ihsan IPD Hulu Terengganu)
A
A
A
HULU TERENGGANU - Seorang pemandu lori berdepan detik cemas apabila nyaris dihempap balak selepas lori dipandunya terbalik di Kilometer 13 Jalan Gaung-Kuala Ping-Teris (Kampung Kepah) Kuala Berang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa, Muhammad Marrohaimi Muhammad, 25, bernasib baik apabila hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, ketika kejadian mangsa memandu lori yang sarat muatan balak dalam perjalanan dari Kuala Ping ke Kuala Berang.

"Setibanya di lokasi, kenderaan berat dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan dan terbabas sendiri sebelum terbalik di bahu jalan.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!