Ahmad Zahid negatif Covid-19
SHAH ALAM - Keputusan ujian saringan koronavirus (Covid-19) yang dijalani Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini didapati negatif.
Perkara itu disahkan beliau sendiri menerusi ciapan di Twitternya hari ini.
“Test telah selesai. Keputusannya negatif. Alhamdulillah,” katanya yang turut berkongsi foto bersama pegawai KKM yang menjalankan ujian Covid-19 di kediamannya hari ini.
Katanya, beliau didatangi sekali lagi oleh dua pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) secara mengejut di kediamannya.
"Saya sedang dikuarantin di rumah. Pagi ini saya didatangi sekali lagi oleh dua orang pegawai KKM secara mengejut. Ujian rapid test kit antibodi D13 telah dilakukan," katanya.
ARITKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid disahkan negatif Covid-19
Bicara kes Ahmad Zahid tangguh, tunggu keputusan ujian Covid-19
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!