IPT disaran tangguh daftar semuka

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad - Foto Bernama
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pengajian Tinggi menyarankan semua institusi pengajian tinggi (IPT) menangguhkan pendaftaran kemasukan pelajar baharu dan lama dari kawasan zon merah secara bersemuka di kampus masing-masing yang dijadualkan bermula Oktober ini.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sebaliknya proses pendaftaran dan pembelajaran bagi kumpulan pelajar terbabit boleh dilakukan secara dalam talian.

"Pelajar boleh pulang ke kampus masing-masing mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada setelah keadaan kembali pulih," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi pelajar yang bukan dari kawasan zon merah, kemasukan ke IPT kekal mengikut kalendar akademik IPT masing-masing.

Noraini turut menasihati pelajar agar mengamalkan langkah pencegahan Covid-19 ketika berada di kampus masing-masing sekalipun semua IPT telah diarah memastikan pelaksanaan aktiviti akademik di kampus mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!