Empat pimpinan GRS masuk ke Istana Negeri

Ketua Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor juga dilihat memasuki Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Ketua Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Noor juga dilihat memasuki Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sehingga jam 3 petang ini, empat pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dilihat sudah memasuki pekarangan Istana Negeri di sini.

Antara yang dilihat memasuki pintu Istana Negeri ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor; Setiausaha Agung Parti Bersati Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kehadiran pimpinan itu dipercayai untuk mengemukakan nama calon Ketua Menteri Sabah baharu kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memasuki Istana Negeri jam 2.27 petang.
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin memasuki Istana Negeri jam 2.27 petang.

Bung Moktar dilihat memasuki pintu Istana Negeri dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda pada jam 2.27 petang sebelum Hajiji menyusul dua minit kemudian.

Kurang 20 minit kemudian, Jahid pula tiba memasuki pekarangan pintu Istana Negeri.

Setiausaha Agung Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim melambai tangan kepada media ketika memasuki Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.
Setiausaha Agung Bersatu Sabah, Datuk Jahid Jahim melambai tangan kepada media ketika memasuki Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini.



Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilihat memasuki Istana Negeri hari ini.
Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dilihat memasuki Istana Negeri hari ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ketika ditanya pemberita siapa yang beliau sokong sebagai Ketua Menteri, Jahid hanya tersenyum dan melambai tangan kepada media.

Begitu juga Bung Moktar dan Hajiji tidak memberi sebarang ulasan sebelum beredar masuk ke pekarangan Istana Negeri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!