Tiada upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah
KOTA KINABALU - Sehingga jam 9 malam ini, tiada sebarang upacara angkat sumpah Ketua Menteri Sabah berlangsung di Istana Negeri di sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati sekitar pekarangan pintu Istana Negeri lengang sejak jam 6 petang tadi dan tiada pergerakan masuk dan keluar kenderaan mana-mana pemimpin parti.
Ini bermakna, selepas 24 jam rakyat Sabah selesai mengundi, masih belum ada calon untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah baharu.
Petang tadi, empat pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan hadir ke Istana Negeri untuk menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Bagaimanapun, menurut mereka, keputusan diserahkan kepada Juhar untuk menentukan Ketua Menteri Sabah yang baharu.
ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sabah dijangka diumum esok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!