Suami isteri jangan bergaduh apabila moratorium berakhir

No Image Caption
A
A
A

MORATORIUM yang dinikmati sejak bulan April lalu akibat pandemik koronavirus (Covid-19) akan tamat pada bulan ini.

Selepas enam bulan tidak perlu bayar hutang rumah, kereta dan sebagainya, bermula bulan Oktober ini kita kena bijak menguruskan perbelanjaan.

Ramai juga yang akan merasa keperitannya sebab ada yang syarikat yang terjejas dengan Covid-19 memotong gaji kakitangannya.

“Perit juga nak bayar hutang lepas tempoh moratorium tamat ni. Gaji dah defisit. Teruk kalau kena bayar pinjaman macam biasa,” keluh seorang rakan kepada Merak Jalanan semalam.

Nak buat macam mana, inilah realiti yang perlu kita hadapi. Walaupun kerajaan ada menawarkan inisiatif termasuk memanjangkan lagi tempoh moratorium, tapi ia hanya untuk golongan tertentu. Bukan semua orang terpilih.

Merak Jalanan terbaca satu artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita yang memetik kenyataan seorang pakar psikologi, Profesor Madya Dr Mariani Md Nor bahawa suami isteri mungkin mula bergaduh apabila moratorium berakhir pada bulan ini.

Dr Mariani berkata, pergaduhan akan berlaku kerana tahap kewangan sesebuah keluarga yang semakin lama semakin menyusut selain semakin diperlukan bagi mereka yang mempunyai anak.

“Kalau yang tidak ada anak sekalipun, duit itu diperlukan untuk apa yang perlu dibiayai, untuk belanja dalam rumah, makanan, minuman, pakaian, sewa rumah, bayar bil elektrik, bayar bil air,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Jadi Merak Jalanan rasa, eloklah kalau suami isteri berbincang kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian.

Tidak perlu bergaduh. Pasangan suami isteri perlu ada kompromi dalam mencari kata sepakat agar setiap masalah dapat dirungkai dengan sebaik-baiknya.

Mungkin mereka kena fikirkan cara terbaik untuk menambahkan pendapatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!