Quartararo tawan GP Catalunya
FABIO Quartararo meneruskan momentum positif pada saingan MotoGP apabila mengungguli Grand Prix (GP) Catalunya hari ini sekali gus kemenangan ketiga dalam kariernya di kelas berkenaan.
Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT) berusia 21 tahun itu berjaya melengkapkan 24 pusingan perlumbaan dengan catatan 40 minit 33.176 saat (s), manakala dua pelumba Team Suzuki Ecstar, Joan Mir dan Alex Rins melengkapkan pentas podium kedua dan ketiga.
Kemenangan itu membolehkan pelumba dari Perancis berkenaan memimpin kedudukan keseluruhan dengan 108 mata diikuti Mir kedua dengan perbezaan lapan mata manakala pelumba Yamaha, Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales ketiga dengan 90 mata.
Sementara itu, rakan sepasukan Quartararo, Franco Morbidelli menamatkan perlumbaan pada kedudukan keempat selepas memulakan perlumbaan pada petak utama.
Untuk rekod perlumbaan seterusnya dijadualkan berlangsung di Perancis pada 11 Oktober depan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!