King Maker dijangka kekal sokong Perikatan Nasional

Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disebut mampu menjadi king maker. Gambar kecil: Awang Azman
Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disebut mampu menjadi king maker. Gambar kecil: Awang Azman
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas dan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang disebut mampu menjadi king maker bagi menentukan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membentuk kerajaan di Sabah, diramal lebih cenderung kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, beliau tidak melihat kemungkinan terdapatnya unsur ‘ADUN lompat’ kerana PN kini adalah kerajaan Pusat.

Menurutnya, setiap ADUN akan memastikan mereka mampu mendapat akses mudah bagi menerima peruntukan demi kepentingan kawasan masing-masing.

“Saya kira mereka (ADUN Bebas) akan kekal bersama PN bagi memastikan rakyat kawasan mereka tidak terjejas. Mereka juga cenderung sertai PN bagi memastikan mereka mendapat manfaat pembangunan.

“Bahkan, saya kira, daripada Warisan yang kemungkinan berlaku ‘ADUN lompat’ untuk kepentingan sama tapi bukan pada waktu terdekat,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Shafie Apdal jatuh dari puncak kuasa

PRN Sabah: Kemenangan luar jangkaan GRS

Dalam pada itu, beliau berkata, pertikaian mengenai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang tidak diiktiraf SPR tidak menjadi isu.

Artikel Berkaitan:

“Tidak diiktiraf SPR tidak sama dengan tidak diiktiraf pihak Istana. Andai dakwaan ini betul ia bukan isu yang melanggar undang-undang sebab kita lihat bagaimana Warisan membentuk kerajaan pada 2018 bersama gabungan yang tidak berdaftar.“Untuk menjadi kerajaan adalah berdasarkan jumlah ADUN yang menang dan ia merupakan asas untuk membentuk kerajaan negeri Sabah,” katanya.

Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan pengamal media bagi mengetahui perkembangan istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu. -Foto Bernama
Istana Negeri Sabah menjadi tumpuan pengamal media bagi mengetahui perkembangan istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu. -Foto Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!