Perjumpaan tertutup PN dan GRS

Hamzah dilihat hadir dalam satu perjumpaan tertutup di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
Hamzah dilihat hadir dalam satu perjumpaan tertutup di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pemimpin utama parti mewakili PN dan Barisan Nasional (BN) hadir dalam satu perjumpaan tertutup di salah sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Perjumpaan bersama hampir kesemua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu dipercayai membincangkan berhubung pelantikan Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Turut hadir pada perjumpaan itu, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan turut dilihat hadir sama pada perjumpaan tertutup itu.

Pagi tadi, Jabatan Penerangan Negeri Sabah memaklumkan bahawa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Akan berlangsung pada esok hari kira-kira jam 10.30 Pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!