Shafie Apdal enggan ulas pelantikan Hajiji
KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal enggan memberi sebarang komen berhubung langkah yang akan diambil oleh parti itu selepas ini.
Selain itu, beliau juga enggan mengulas lanjut berhubung pelantikan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor sebagai Ketua Menteri baharu.
"Saya rakamkan ucapan terima kasih banyak atas sokongan diberikan oleh rakyat Sabah.
"Sudah pasti kita akan terus berkhidmat," katanya yang ditemui di hadapan Rumah Yayasan Sabah di sini hari ini.
Hari ini, Hajiji sudah dipanggil menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk menerima watikah pelantikan Ketua Menteri.
Terdahulu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilih Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang ke-16.
Pengumuman itu dimaklumkan sendiri oleh Hajiji, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah dalam sidang akhbar selepas perjumpaan tertutup bersama pimpinan GRS.
Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman sejak 1990, berjaya mempertahankan kerusi DUN itu, selepas menang dengan majoriti 3,099 dalam Pilihan Raya DUN Sabah pada Sabtu lepas.
ARTIKEL BERKAITAN: Hajiji dipanggil menghadap TYT Sabah
Pelantikan Hajiji dibuat secara konsensus, kata Annuar Musa
Bung sokong Hajiji jadi KM Sabah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!