Sidang Kemuncak G20 diadakan secara maya

Sidang Kemuncak G20 yang sepatutnya diadakan di Riyadh ditukar kepada mesyuarat secara maya.
Sidang Kemuncak G20 yang sepatutnya diadakan di Riyadh ditukar kepada mesyuarat secara maya.
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi hari ini menyatakan Sidang Kemuncuk Kumpulan 20 (G20) akan diadakan secara maya pada bulan November ini berbanding rancangan asal untuk mengumpulkan para pemimpin negara kaya di Riyadh.

Pandemik Covid-19 telah menyebabkan semua mesyuarat kumpulan tersebut diadakan secara sidang video sejak Mac lalu.

Pada bulan itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulziz Al Saud akan mempengerusikan sidang berkenaan secara maya bagi membincangkan krisis tersebut yang telah menjejaskan ekonomi global.

"Sidang Kemuncak Pemimpin G20 akan diadakan secara maya pada 21 hingga 22 November ini dan akan dipengerusikan oleh Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

"Sidang itu akan menumpukan kepada perlindungan kehidupan dan memulihkan pertumbuhan (ekonomi) dengan menyentuh mengenai terdedahnya (manusia) yang tidak dilindungi semasa pandemik (Covid-19) dan meletakkan asas untuk kehidupan masa depan yang lebih baik," kata negara beraja tersebut dalam satu kenyataan.

Kumpulan G20 itu disertai ialah Arab Saudi, Amerika Syarikat, Australia, Argentina, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali Jepun, Mexico, Korea Selatan, Rusia, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!