MB Perak kuarantin di rumah
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjalani kuarantin di rumah selepas melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 sebaik pulang dari Sabah pada 20 September lalu.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diputuskan sebagai satu langkah proaktif berikutan peningkatan kes di Sabah.
“Menteri Besar telah menjalani saringan Covid-1 sebaik pulang dari Sabah pada 20 September lalu dan keputusannya negatif.
“Bagaimanapun, beliau memutuskan untuk menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah proaktif tanpa arahan dari mana-mana pihak.
“Langkah itu berikutan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Sabah,” katanya.
Menurutnya, Ahmad Faizal tidak akan menghadiri mana-mana majlis rasmi sepanjang tempoh tersebut.
“Bagi mesyuarat penting, ia akan berlangsung menerusi sidang video dari kediaman beliau,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: MB Perlis jalani kuarantin di rumah
Covid-19: MB Terengganu dikuarantin 14 hari
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!