Oleg Pulatov nafi terlibat tragedi tembak jatuh MH17

Pulatov mendakwa dia tidak terlibat membekalkan misil BUK atau menembak jatuh pesawat MH17 tersebut. - Foto Agensi
Pulatov mendakwa dia tidak terlibat membekalkan misil BUK atau menembak jatuh pesawat MH17 tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

THE HAGUE - Salah seorang tertuduh yang didakwa menembak jatuh pesawat MH17 menafikan penglibatannya dalam tragedi itu yang meragut kesemua 298 penumpang pada 17 Julai 2014.

Menurut peguam Oleg Pulatov, dia tidak terlibat membekalkan misil atau menembak jatuh pesawat terbabit ketika ia dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Dia tidak mempunyai sebarang maklumat tentang bagaimana dan kenapa pesawat MH17 tersebut ditembak jatuh," ujar Sabine ten Doesshcate di Mahkamah Daerah Hague dilengkapi kawalan keselamatan tinggi berhampiran lapangan terbang Schiphol hari ini.

Menurutnya lagi, Pulatov juga meragui senario pendakwaan yang mendakwa MH17 ditembak jatuh oleh misil BUK buatan Rusia.

"Anak guam saya tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku kerana dia tidak melihat sebarang peluru berpandu BUK," jelas Ten Doesschate lagi.

Tambahnya, bekas anggota unit risikan kumpulan pemisah itu juga sedia memberi keterangan berhubung kes itu, namun perjanjian tentang bagaimana prosedur itu akan dilakukan harus dicapai terlebih dahulu.

Difahamkan, Pulatov menjadi tertuduh tunggal yang meminta khidmat peguam bela selepas siasatan antarabangsa dilakukan selama hampir enam tahun dan kes perbicaraan bermula pada Mac lalu.

Dia yang kini menetap di Rusia pernah menjadi subjek waran tangkap antarabangsa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: MH17: Perbicaraan yang ditunggu-tunggu

Peguam suspek tembak jatuh MH17 salahkan pandemik Covid-19

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!