Maqis rampas 19,200kg biji kopi seludup

320 guni mengandungi biji kopi arabica dari Papua New Guinea dirampas. Sebanyak 19,200 kg biji kopi Arabica dirampas.
320 guni mengandungi biji kopi arabica dari Papua New Guinea dirampas. Sebanyak 19,200 kg biji kopi Arabica dirampas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang merampas 320 guni mengandungi 19,200 kilogram (kg) biji kopi arabica selepas menahan sebuah kontena di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Zarina Ramli berkata, pemeriksaan mendapati biji kopi dari Papua New Guinea itu dipercayai cuba dibawa masuk ke negara ini tanpa mematuhi syarat Import Permit iaitu ketidakpatuhan Sijil Perakuan 3P (Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan).


Maqis Pulau Pinang merampas biji kopi diimport tanpa permit.
Maqis Pulau Pinang merampas biji kopi diimport tanpa permit.

"Kesemua biji kopi bernilai RM156,213 itu disita dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15(2) akta sama.

"Kita mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam industri pertanian negara," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!