EPL catat kes tertinggi Covid-19
LIGA Perdana Inggeris (EPL) mencatatkan 10 kes positif Covid-19 dalam ujian terakhir yang dijalankan pada 21 hingga 27 September lalu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan EPL, kes positif itu dikesan hasil ujian calitan terhadap 1,595 pemain dan kakitangan yang terlibat dalam saingan liga itu.
"Ia adalah jumlah positif tertinggi dalam tempoh seminggu untuk musim 2020-21 berbanding tujuh orang minggu lalu. Angka tertinggi dalam musim ini adalah empat orang iaitu pada 7 hingga 13 September lalu.
"Pemain atau kakitangan kelab yang diuji positif akan mengasingkan diri selama 10 hari," kata kenyataan itu.
Angka terbaru itu termasuklah tiga kes melibatkan pasukan West Ham Uniteyang disahkan kelab berkenaan minggu lalu.
Pengurus, David Moyes, serta dua tonggaknya, Issa Diop dan Josh Cullen, masing-masing sedang dikuarantin berikutan pandemik itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!