KAFA ikat Lemos untuk buru lebih gol

Raul Andres Tarragona Lemos (tengah) semasa menandatangani kontrak dengan pengurusan KAFA di sini.
Raul Andres Tarragona Lemos (tengah) semasa menandatangani kontrak dengan pengurusan KAFA di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Bagi melengkapkan lagi kuota pemain import, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini mengikat pemain import keempat iaitu penyerang kelahiran Uruguay, Raul Andres Tarragona Lemos sebagai pemain pasukan Kelantan FA musim 2019.

Lemos pernah beraksi di Liga Uruguay apabila menyarung jersi Liverpool (Montevideo) pada tahun 2010 dan mempunyai pengalaman luas bersama beberapa pasukan di Liga Selatan Amerika.

Pemain berusia 31 tahun ini musim lalu beraksi cemerlang bersama pasukan di Liga Korea Selatan, Ansan Greeners (Divisyen 2) dan menyumbang 18 jaringan bersama pasukan itu selama dua musim (2017-2018)

Pemain yang digelar sebagai 'Mesin Gol' ini mempunyai harapan dan misi yang tinggi untuk membantu The Red Warriors dan turut ingin mencipta nama dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M)

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!