Tiga termasuk bayi sesak nafas hotel bajet terbakar
GEORGETOWN - Tiga sekeluarga termasuk bayi lelaki nyaris maut selepas bilik di sebuah hotel bajet yang disewa mereka musnah dalam kebakaran dalam kejadian di Jalan Utama di sini pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, suami isteri berusia 20-an dan bayi lelaki mereka itu sempat menyelamatkan diri, namun mereka mengalami sesak nafas selepas terhidu asap tebal dalam kebakaran di percayai berlaku pada jam 7 pagi itu.
"Tiga sekeluarga itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan lanjut kerana mengalami masalah pernafasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran itu hanya memusnahkan sebuah bilik di hotel bajet rumah kedai dua tingkat berkenaan dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengawal api dari merebak ke bilik lain di situ.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!