Warga Thailand pecah tabung masjid ditahan

Suspek yang berjaya ditahan polis.
Suspek yang berjaya ditahan polis.
A
A
A

TANAH MERAH- Selepas memecah tabung masjid, seorang warga Thailand ditahan cuba melarikan diri di bandar ini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, pemuda berusia 20-an itu ditahan hasil maklumat dan risikan yang dilakukan pihaknya.

"Sebelum ini tular video melalui kamera litar tertutup (CCTV) masjid mengenai lelaki terbabit yang sedang memecah tabung masjid di Kemahang.

"Hasil maklumat yang diperolehi kita akhirnya berjaya menahan suspek untuk tindakan lanjut," katanya.

Suzaimi berkata, suspek melakukan aktiviti terbabit seorang diri dan nekad mencuri tabung masjid.

"Cubaannya untuk memecah tabung masjid di Batang Merbau tidak berjaya dan dia akhirnya ditahan setelah kita berjaya mengekori gerak gerinya yang cuba melarikan diri hingga ke bandar Tanah Merah.

"Suspek ditahan untuk tindakan lanjut sebelum dituduh di mahkamah.

"Kita buka siasatan di bawah seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Artikel Berkaitan:

Suzaimi menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada pihaknya dalam usaha mengekang jenayah di daerah ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!