Hampir sebulan Othman hilang

Mangsa hilang, Othman Jamaluddin
Mangsa hilang, Othman Jamaluddin
A
A
A

KUANTAN - Polis meminta bantuan orang ramai bagi membantu mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 12 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, Othman Jamaluddin, 54, dari Kampung Semangat di sini keluar rumah kira-kira jam 11 pagi pada hari berkenaan dan gagal dikesan hingga kini.

Menurutnya, kehilangan Othman yang mengalami masalah mental itu disedari ahli keluarga pada hari berikutnya selepas dia tidak pulang ke rumah.

“Difahamkan ahli keluarga sudah mencarinya termasuk di hospital, namun lelaki itu gagal dikesan.

“Susulan itu, salah seorang ahli keluarga membuat laporan polis berhubung kehilangan Othman pada 14 September lalu,” katanya.

Mohamad Noor berkata, pihak polis juga memohon kerjasama orang ramai bagi membantu mengesan mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat, pernah ternampak lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan Mohd Sabri Samsuddin di talian 019-915 2879 atau waris mangsa, Zainal Abidin Jamaluddin (adik) di talian 019-989 3495.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!