JKN Perak kesan kontak rapat pesakit Covid-19
IPOH - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menjalankan pengesanan kontak rapat susulan satu kes positif koronavirus (Covid-19) melibatkan seorang penduduk di daerah Hilir Perak yang baru kembali dari Sabah.
JKN Perak menerusi satu kenyataan memaklumkan, notifikasi kes tersebut diterima pada 27 September lepas dan ujian saringan Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) Covid-19 yang dijalani individu itu pada Isnin lepas adalah positif.
"Pengesan kontak rapat telah dilakukan bagi tujuan ujian saringan dan isolasi.
"Kes itu tidak bergejala (asymptomatik) dan individu tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut pada malam 28 September," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, kes terbabit diklasifikasikan sebagai kes import dan bukan kes jangkitan tempatan Covid-19.
"Kes terakhir Covid-19 jangkitan tempatan dikesan di mukim Hutan Melintang, Hilir Perak adalah pada 14 Jun lalu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!