LHDN Tawau ditutup 14 hari

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Lembaga Hasil Dalam Negeri
A
A
A

TAWAU - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Tawau ditutup 14 hari mulai hari ini, bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan.

Bahagian Komunikasi LHDN dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh sehingga 13 Oktober itu, pembayar cukai disarankan melakukan urusan percukaian secara dalam talian.

Menurut kenyataan itu juga sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh disalurkan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara).

Katanya, orang ramai juga boleh berhubung dengan HASiL Live Chat atau mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms.

-Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!