‘Unifi Your World’ tawar pengalaman internet lebih baik
UNIFI tampil dengan pakej internet yang lebih menarik menerusi kempen 'Unifi Your World' yang membolehkan pelanggan menikmati kandungan hiburan, mudah alih serta internet yang lebih lancar dan stabil.
Menerusi pakej tersebut Unifi menawarkan pelanggan pilihan untuk menggabungkan produk serta perkhidmatannya ke dalam pakej yang boleh disesuaikan bagi membolehkan setiap ahli keluarga menikmati pengalaman internet lebih baik.
Ketua Pemasarannya, Lai Shu Wei berkata, pelanggan boleh memilih pilihan jalur lebar rumah dan menggabungkannya dengan menyatukan pelan mudah alih 4G LTE tanpa had, paket hiburan dengan TV Unifi serta menambah peranti seperti ‘Unifi plus box’ atau Mesh Wi-Fi.
“Buat pertama kalinya, menerusi kempen ini Unifi menawarkan pakej kepada rakyat Malaysia yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan kandungan internet, mudah alih dan TV mereka.
“Kami juga memahami bahawa pengguna sering berdepan masalah untuk memilih perkhidmatan mana yang dapat memberikan nilai terbaik kepada mereka,” katanya selepas sesi pertemuan dengan media di Bangsar di sini semalam.
Justeru katanya, mengambil kira faktor itu, pihaknya membuat proses tersebut lebih mudah dengan menggabungkan kesemuanya ke dalam satu pakej yang lebih menarik dan boleh disesuaikan bagi memperoleh nilai yang lebih besar.
“Pelanggan sedia ada kami juga boleh menikmati atau memanfaatkan tawaran ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Segmen Pengguna Unifi, Armizy Abdullah Shukri berkata, kini lebih 1.86 juta rumah sudah terhubung ke rangkaian jalur lebar Unifi dan pihaknya sedang berusaha untuk meningkatkan lagi jumlah tersebut pada masa akan datang.
“Dengan tawaran menerusi kempen yang kita lancarkan sejak Ogos lalu sehingga hujung tahun ini, kini setiap ahli keluarga dapat menikmati pengalaman penyambungan internet terbaik dengan jaringan Wi-Fi yang rapi (Mesh Wi-Fi) di setiap bilik, kandungan hiburan TV Unifi di mana-mana skrin, malah mereka boleh terus menikmati pengalaman yang lancar ini ketika berada di luar menerusi akses mudah alih tanpa had telefon bimbit Unifi (Unifi Mobile).
“Bagi pelanggan yang berminat boleh mengunjungi TMPoint terdekat untuk menyesuaikan tawaran ini dengan pakej mereka,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!