Kes roboh masjid di India, kesemua 32 tertuduh dibebaskan
NEW DELHI - Mahkamah khas di India pada Rabu membebaskan semua 32 tertuduh dalam kes merobohkan Masjid Babri, lapor Agensi Anadolu.
Keputusan kes itu dibuat hampir 28 tahun selepas masjid itu dirobohkan dalam satu rusuhan besar-besaran di bandar Ayodhya, utara India.
Hakim SK Yadav, pada hari terakhir tugasnya, memutuskan kes itu tidak mempunyai bukti kukuh dan insiden perobohan masjid berkenaan tidak dirancang.
Masjid Babri dibina oleh Mir Baqi, seorang pegawai pada era Maharaja Babur pada tahun 1526.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!